Pages

Masa Mustajab Doa

Berzikir dan berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana disarankan oleh Rasulullah s.a.w sendiri.
  1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh.
  2. Tiap-tiap lepas solat fardhu lima waktu.
  3. Di antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib.
  4. Di antara Azan dan Iqamat dan selepasnya.
  5. Ketika bangun tidur.
  6. Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
  7. Ketika hendak keluar dari masjid.
  8. Di antara takbir-takbir solat hari raya.
  9. Di antara dua khutbah jumaat dan hari raya.
  10. Ketika menziarahi makam Rasulullah s.a.w di masjid Nabawi.
  11. Ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan penting.
  12. Ketika membaca doa qunut bagi solat subuh dan lain-lain.
  13. Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
  14. Ketika ditimpa kesulitan, gundah-gulana dan resah-gelisah.
  15. Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah.
  16. Ketika hujan turun.
  17. Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
  18. Sepanjang malam, terutamanya sepertiga akhir dan waktu bersahur.
  19. Ketika khatam al-Quran 30 juzuk atau selepas membaca ayat-ayat suci al-Quran.
  20. Ketika sujud dalam solat khususnya sujud terakhir.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...