Pages

Sebab Doa Ditolak

Ibrahim bin Adham (wali Allah yang terkenal di zaman dahulu) apabila di tanya tentang sebab-sebab mengapa doa ditolak, beliau berkata, " doa di tolak kerana beberapa sebab:

  1. Kita mengenal Allah tetapi segala hak yang diamanahkan kepada kita tidak dilaksanakan.
  2. Sunah Rasulullah s.a.w diremehkan walaupun kita menyintainya.
  3. Al-Quran dibaca siang dan malam tetapi kita tidak beramal dengannya.
  4. Tidak bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan.
  5. Syaitan dijadikan sahabat walaupun lidah mengatakan ia sebagai musuh.
  6. Kita tidak beramal bersungguh-sungguh walaupun kita mengetahui bahawa syurga itu benar.
  7. Maksiat kita lakukan berleluasa walaupun kita tahu neraka itu adalah balasan untuk orang yang melakukan maksiat.
  8. Tidak menyediakan bekalan hari akhirat walaupun kita percaya mati itu benar.
  9. Sentiasa mencari keaiban dan kesalahan orang lain tetapi tidak memerhati keaiban sendiri.
  10. Tidak mengambil iktibar dan pengajaran setelah menguburkan orang mati.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...